Rabu, 14 Mac 2012

Tanda Jika Seseorang Bela Hantu Raya





Salam..dah dekat satu bulan aku tak update blog aku ni..bz pun ada,malas lagi-lagi la..Jd pada post kali ni,aku nak cerita pasal hantu raya..Bab-bab hantu ni memang aku dan orang ramai suka.hoho...

Seorang pendakwah bebas Ustaz Abu Bakar Abdul Aziz berkata ada beberapa tanda boleh dikenal pasti bagi mana-mana individu yang membela hantu raya.Antara tanda-tandnya ialah

1.      Takut bertentang mata bila bercakap..

2.      Gementar dan keluh kesah bila berjumpa orang alim..(orang banyak dosa memang selalu mcm ni)

3.      Hati sentiasa tidak tenang dan badan sentiasa berpeluh bila berada dalam majlis ilmu..(dah rasa dah aura api neraka)

4.      Gemar makan bubur kacang merah dan suka jamu orang makan pada malam Jumaat.(tak ada duit la tu mkn bubur saja,,tapi kalu tak ada duit,tak kan dia buat kenduri..)

5.      Walaupun usia lanjut tetapi memiliki tenaga luarbiasa bila melakukan kerja-kerja berat..(bukan sebab ginseng,tongkat ali mahupun air ketum)

6.      Bila keluar rumah tidak akan beritahu kepada ahli keluarga terutama isteri..(nak buat jahat,mana boleh bagitau orang..buat baik saja kita canang satu kampung..)

7.      Kerap bawa berpuluh-puluh telur rebus kedalam hutan..(nak mengeram la ni.tapi kalau nak mengeram tak kan dia rebus telur tu...)

8.      Bila ada mesyuarat orang ramai akan patuh dan tunduk keputusannnya..(macam selalu kena ja,tapi bersangka baik.)

9.      Mempunyai tenaga seks luar biasa bila bejimak dengan isteri.(power ni,habis kering air.aku pun nak la mcm ni..haha..)

10.  Mata sentiasa berwarna merah-kemerahan..(bukan hisap ganja ok!)

Ustaz Abu Bakar berkata undividu yang bersahabat dengan hantu raya memperolehi apa hajat dengan bantuan makhluk itu.-mingguan warta perdana


Jadi disini aku ada tips atau cara untuk menghalau hantu raya atau sejenis,sewaktu dengan dia..haha…

Hantu ni suka beraya dan suka menyamar jadi tuan dia. Cara mengalahkannya senang saja, sambutlah hari raya tiap kali jumpa dia,bawa dia jalan-jalan sambil kutip duit raya,makan ketupat sekali,ajak main meriam buluh,suruh kacau dodol atau jaga lemang. Tentu dia tak kacau dah kita sebab banyak kerja dan aktiviti lain dia nak buat.

Lagi satu pesan orang tua-tua,kalau jumpa dia ni,cuba tunjuk anu kita dekat dia..haha..mesti bestkan dapat tengok sesame sendiri..

Bab ni aku tak mau cerita lebih-lebih sebab aku tak ada pengalaman dan aku tak pernah jumpa depa lagi..,Kalau aku jumpa,confirm aku buka langkah seribuuuuu……………

Tapi aku selalu jumpa orang yang perangai macam hantu raya..banyak betol..
      Mcm sial…hahaha….



                    tiba-tiba ja aku nak bubuh gambar 2 orang ni..agak-agak sesuai dak?


Selasa, 14 Februari 2012

SI PEMALAS DENGAN IMAM ABU HANIFAH


Gua ada 1 cerita yang gua nk kongsikn dengan kamu semua..kisahny begini...

Suatu hari ketika Imam Abu Hanifah sedang berjalan-jalan melalui sebuah rumah yang jendelanya masih terbuka, terdengar oleh beliau suara orang yang mengeluh dan menangis tersedu-sedu. 
Keluhannya mengandungi kata-kata, "Aduhai, alangkah malangnya nasibku ini, agaknya tiada seorang pun yang lebih malang dari nasibku yang celaka ini. 
Sejak dari pagi lagi belum datang sesuap nasi atau makanan pun di kerongkongku sehingga seluruh badanku menjadi lemah longlai. Oh, manakah hati yang belas ikhsan yang sudi memberi curahan air walaupun setitik."



Mendengar keluhan itu, Abu Hanifah berasa kasihan lalu beliau pun balik ke rumahnya dan mengambil bungkusan yang hendak diberikan kepada orang itu. 

Sebaik saja dia sampai ke rumah orang itu, dia terus melemparkan bungkusan yang berisi wang kepada si malang tadi lalu meneruskan perjalanannya. Dalam pada itu, si malang berasa terkejut setelah mendapati sebuah bungkusan yang tidak diketahui dari mana datangnya, lantas beliau tergesa-gesa membukanya. 

Setelah dibuka, nyatalah bungkusan itu berisi wang dan secebis kertas yang bertulis, 
" Hai manusia, sungguh tidak wajar kamu mengeluh sedemikian itu, kamu tidak pernah atau perlu mengeluh diperuntungkan nasibmu. Ingatlah kepada kemurahan Allah dan cubalah bermohon kepada-Nya dengan bersungguh-sungguh. Jangan suka berputus asa, hai kawan, tetapi berusahalah terus."



ada moral disebalik cerita tersebut..sendiri fikir dan renung2kn..malas gua nk komen,nt ada terasa hati pulak...hahahaaa...

gambar ini tiada kena mengena dengan cerita diatas...

Tips Mencari Sahabat Sejati



salam..

disini gua ada tips pada kalian untuk mencari dan mengenal sahabat sejati

Rasulullah saw pernah berpesan: "Agama seseorang itu terletak di atas agama atau jalan yang dipilih oleh rakannya". Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dalam memilih siapa yang harus dijadikan sahabat.

Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: "Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

# Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
# Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
# Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
# Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
# Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
# Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
# Jka engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
# Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
# Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
# Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
# Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu; dan
# Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

Sahabat Rasulullah, Saidina Ali ada berkata: "Saudaramu yang sebenar ialah orang yang sentiasa berada di samping kamu. Dia sanggup membahayakan dirinya demi kemaslahatan kamu. Orang yang setiap masa bekerja untuk keperluan kamu. Sanggup mengorbankan segala-galanya untuk kepentingan kamu."

Ada juga yang berpesan: "Sesiapa yang suka berkawan, tetapi tidak suka melebihkan kawan daripada diri sendiri, maka lebih baik dia berkawan dengan ahli kubur!".

Begitu sekali pesanan dalam memilih kawan. Marilah bersama-sama kita periksa diri masing-masing sama ada layak menjadi sahabat sejati atau hanya layak menjadi kawan kepada ahli kubur.

Siapakah sahabat paling rapat yang pernah kita miliki?

Bagi seorang anak, sahabat yang paling rapat ialah ibu dan bapanya, manakala bagi ibu atau bapa, anak adalah sahabat yang paling akrab dengan mereka.
Bagi seorang isteri, suami adalah sahabatnya dan begitu juga bagi suami, isteri adalah yang sepatutnya menjadi sahabat karib mereka.

Cuma persoalannya di sini, selepas kita mengetahui akan ciri-ciri seorang sahabat dan siapakah sahabat akrab yang kita ada, apakah sudah terlaksana persahabatan itu?

Sudahkah kita menjadi sahabat kepada anak dan kedua ibu bapa kita atau kepada pasangan kita?

Seorang remaja memilih remaja lain sebagai sahabatnya dan seorang bapa pula memilih bapa lain sebagai sahabatnya.
Sebenarnya, bukan kita tidak boleh memilih orang lain untuk menjadi sahabat, tetapi perlulah bijak memilihnya. Jangan tersalah pilih, nanti seperti Tarzan jadinya!

Jika kita adalah remaja, lihatlah dulu dengan siapa kita bersahabat. Sahabat yang baik umpama penjual kasturi yang mana wanginya akan tetap terpercik kepada kita, namun sahabat yang jahat akan memalit kejahatan itu kepada kita. Jadilah insan yang bijak dalam memilih orang yang boleh dijadikan sahabat.